Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012 Countdown






Masa nak sambut tahun baru 2012 punyalah ramai orang pergi ke i-City Shah Alam sebab nak tengok bunga api yang cantik. Jalan terus jadi sesak. Kereta pula banyak. Nak parking pun tak boleh. Last2 pergi parking kat Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Bila dah sampai kat sana, apa tunggu lagi, pergi makan malam dulu lah.

Masa tengah syok makan malam, count down  tahun baru pun dah sampai masanya. Kedengaran bunyi bunga api. Apa lagi sambil menjamu selera sebab perut tengah kosong dan lapar giler, dengar plak bunyi bunga api, layan je lah makan malam tu.

Nasib aku tak kempunan nak makan pizza hut malam tu. Akhirnya tercapai gak hasrat nak makan pizza hut sempena menjelang malam tahun baru 2012 yang amat indah sekali. Pertama kali sambut tahun baru kat i-City Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SaNg PrIa KeSePiAn Love Letters

CeRiTeRa SaNg PrIa KeSePiAn