Tuesday, April 3, 2012

My Boy Ulat Tomei


Comel tak ulat ni???tapi ulat ni tak gatal, miang macam tuan empunya badan juga...kalau nak tau... tuan empunya badan ni cool je...ada sape2 ke nak tertarik dengan ulat ni???nak pegang???meh datang amik kat tuan empunya badan...hehehe...just kidding...

Patung ulat yang tomei ni kawan aku bagi...best giler sebab dapat picit-picit, ramas-ramas patung ulat ni...nasib badan aku tak gatal...hehehe...

Patung ulat ni aku dah pegang...tapi sayangnya...aku letak dalam bungkusan balik...sebab aku tak sanggup nak tengok...nak tau sebab apa???aku tak nak patung ulat aku ni jadi BUSUK...kang pening nak BAU...tak boleh nak peluk dah...so aku simpan dan jaga elok-elok patung ulat ni...

Jagoan Bowling 3 PriaC


Cantik tak pic tu??? Kalau nak tau...tu pic masa aku ngan kawan-kawan pegi main bowling kat Kompleks Ole-Ole Seksyen 18, Shah Alam... Kalau bosan, ape lagi nak buat kalau bukan bowling time...

Kalau korang tengok kat screen tu...score sape paling banyak??? Yang main bowling ni namanya Ashraf, ASR dan aku (EMY)...cer tengok score sape paling MANTOP???bukanlah aku nak bangga sangat...aku pun bukan TERROR main bowling...tapi tu lah score aku...tak banyak pun...

Setakat ni...kalau main bowling ngan teman-teman aku...sah diorang tak boleh nak FIGHT aku...al maklum...al maklum sebab muka aku ni TOP sangat...so sebab tu score aku still TOP je...

Kitorang main tak banyak game pun...cukuplah setakat 2-3 game...bukan ape...sebab nanti ada plan lain...biasalah sebab kitorang ni suka jalan-jalan...

Kalau nak tau...banyak lagi pic score aku ngan teman-teman aku pegi main bowling...so keep following my blog...

Friday, March 30, 2012

Campuran Si Jejaka S+K+P=SKP1988

Setelah diupload pic ni kat face book...ramai yang macam tak percaya...tapi kenapa tak nak percaya???ada yang tak kena ke??? hal ini bukan menjadi satu isu yang sangat besar sebab dari dulu lagi orang pelik kalau aku bagi tau macam ni kat diorang...kalau nak tau...marilah dengar ceritera Si Jejaka ni...kot lah nak merisik ke...hahaha... Actually, macam ni lah...ayah aku ni memang asal KEDAH...kat area KULIM...so waktu zaman muda dulu masuk polis...PDRM...so kenalah bertugas kat SABAH...masa tu aku pun belum lahir lagi...tak banyak cerita nak bagi tau...setakat ciput je aku boleh ceritalah...

So, mak aku ni pula asal SABAH... dengar kata mak aku ada buka kedai makan...itu pun masa zaman anak dara dulu... kedai mak aku kat sana pun tak lah besar...tapi boleh lah tahan...masa mak aku muda-muda dulu...mak aku berniaga dengan AUNTIE-AUNTIE aku yang stay kat SABAH...kiranya bisnes famili...mak aku memang pandai masak...tak kiralah dari segi masak apa-apa makanan pun...kuih-muih...macam-macam lagi lah...

Now, aku nak buka cerita pasal diri aku pulak...masa tahun 1987 abang aku yg no2 dilahirkan...abang aku no2 dilahirkan di SABAH...tapi kalau nak tau...kakak dan abang sulung aku pun lahir kat SABAH...selepas abang aku no2 dilahirkan di SABAH...mak aku terus pregnant kat aku...masa tu pulak ayah aku kena transfer dari SABAH ke SEMENANJUNG...last-last kenalah transfer kat BALAI POLIS TANJUNG PIANDANG, PARIT BUNTAR PERAK... Skang ni masuk babak yang lebih best...masa tahun 1988...tarikh paling keramat 02/08/1988 lahirlah "MUHAMAD HELMI" di dunia ini...Syukur alhamdulillah...semua selamat...itu pun kat HOSPITAL PULAU PINANG...kalau nak tau HOSPITAL PULAU PINANG ni adalah HOSPITAL keempat MAK AKU nak LAHIRKAN bayi lelaki yang bernama "MUHAMAD HELMI"...HOSPITAL pertama yang dibawa adalah di HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK...tapi ditolak...sebab takde PAKAR...lepas tu bawa ke HOSPITAL TAIPING, PERAK...ada masalah sikit...punyalah cari jalan penyelesaian...kena bawa ke HOSPITAL BUKIT MERTAJAM...masih lagi ada PROBLEM...dengan keizinan ALLAH S.W.T. maka HOSPITAL PULAU PINANG juga menjadi tempat "MUHAMAD HELMI" dilahirkan...

Tapi ada tersembunyi satu kisah yang agak seram...nak tau ke???meh dengar lagi aku nak cerita ni...saat genting ni...tiba-tiba ada satu JAMBATAN dekat JETI mana entah runtuh...aku pun tak tau kat mana...dekat area PENANG gak...masa tu TIMING aku nak keluar...(sempat lagi nk buat lawak)...seluruh saudara mara belah ayah aku masih lagi ingat peristiwa lampau...diorang cakap masa tu keadaan memang menakutkan...ye lah dah JETI nak runtuh...dah SAMPAI SERU AKU nak dilahirkan... Sejak dari hari tu...aku sorang je yang diorang senang nak ingat sebab peristiwa JETI runtuh tu...kalau balik kampung ayah aku kat KULIM KEDAH...tak sah kalau nama aku tak dipetik...lepas tu mulalah buka balik buku lama...aku pulak yang jadi malu...(dalam hati dapat juga PUBLISITI)...diorang dok bercerita sakan...kuat betul suara diorang kalau bersembang...riuh sekampung...

Baucer Buku 1 Malaysia


Syukur sangat sebab dapat baucer buku ni. dah hujung sem baru dapat. bagus gak tu. boleh lah beli buku yang aku suka. setakat ni dah guna RM 100.00 beli buku. bukan nak berlagak bagus, baik, alim dan sewaktu dengannya, sebab aku beli buku semuanya berbentuk keislaman.

Aku tertarik dengan buku yang berkonsepkan keislaman. so, dah ada dalam 6 buah buku yang dapat dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia ni. esok hari terakhir guna Baucer Buku 1 Malaysia ni. sebab dah nak tamat tempoh.

Sape-sape yang dapat Baucer Buku 1 Malaysia baru-baru ni lagi best sebab last boleh Baucer Buku 1 Malaysia pada bulan 4 ni. so, ada masa lagi kalo nak buat pilihan. aku pun dah tak tau nak beli buku apa dah. masih lagi tinggal RM 100.00 Baucer Buku 1 Malaysia.

JALAN SANTAI PADANG POLO IPOH


GAMBAR NI DIAMBIL PADA TAHUN NI.MASA NI PERGI JALAN-JALAN SANTAI KAT PADANG POLO IPOH. TEMPAT NI KIRANYA UNTUK ORANG RAMAI MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH. RAMAI GAK YANG DATANG KAT SINI. KAT SINI PUN ADA GAK ORANG MENJUAL MAKANAN. KALO NAK TAU, YANG PALING POPULAR KAT SINI ADALAH LAKSA. SO, KALO NAK MAKAN LAKSA, MEH LER DATANG KE PADANG POLO IPOH NI. BAK KATA PEPATAH, SAMBIL MENYELAM MINUM AIR. MACAM NI LAH, DAH ALANG-ALANG DATANG NAK BERIADAH, SAMBIL CUCI MATA LAH. NIKMATI PEMANDANGAN ALAM YANG CANTIK.

Friday, January 6, 2012

Happy New Year 2012 Countdown i-City Shah Alam 2012

Sempena dengan sambutan Tahun Baru 2012 baru-baru ni, aku pun keluar lah pergi menapak kat i-City Shah Alam. Punya lah excited sangat sebab tak sabar-sabar nak sambut tahun baru kan. Warna warni lampu kat sana. Pemandangan yang amat cantik sekali.

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012 Countdown






Masa nak sambut tahun baru 2012 punyalah ramai orang pergi ke i-City Shah Alam sebab nak tengok bunga api yang cantik. Jalan terus jadi sesak. Kereta pula banyak. Nak parking pun tak boleh. Last2 pergi parking kat Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Bila dah sampai kat sana, apa tunggu lagi, pergi makan malam dulu lah.

Masa tengah syok makan malam, count down  tahun baru pun dah sampai masanya. Kedengaran bunyi bunga api. Apa lagi sambil menjamu selera sebab perut tengah kosong dan lapar giler, dengar plak bunyi bunga api, layan je lah makan malam tu.

Nasib aku tak kempunan nak makan pizza hut malam tu. Akhirnya tercapai gak hasrat nak makan pizza hut sempena menjelang malam tahun baru 2012 yang amat indah sekali. Pertama kali sambut tahun baru kat i-City Shah Alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SaNg PrIa KeSePiAn Love Letters

CeRiTeRa SaNg PrIa KeSePiAn